Sebenarnya saya selalu menerima pertanyaan bagaimanakah caranya untuk seseorang memasang iklan ke blog WordPress nya. Ada 3 pilihan, sekurang-kurangnya yang saya tahu. Pertama, mengedit template, kedua, munggunakan widget, atau ketiga, menggunakan WordPress plugin. Antara ketiga-tiga cra ini, menggunakan plugin adalah cara yang paling senang. Ye paling senang, sesiapa sahaja yang tidak pernah menggunakan WordPress pun boleh melakukan tugas ini. Baik, jika sebelum ini saya pernah menunjukkan bagaiman untuk memasang iklan dengan mengedit template, hari ini kita tengok pula caranya “rahsia” mudah untuk memasang iklan (ayat biasa orang marketing – oops… kalau dah rahsia buat apa nak beritahu orang lain
.
1. Anda perlu download plugin MightyAdsense. Bukanlah sebab saya nak promote sangat plugin ni, tetapi rasanya ia sangat senang untuk dipakai. Download latest version.
2. Anda bersedia dengan code Adsense seperti ini:
<script..
..bla
..bla
script/>
lebih kurang begitu bentuknya. Pastikan code ini milik anda sendiri.
3. Install plugin ni. Tak tahu nak install? No problem, baca artikel ni dulu.

4. Bila dah pasang, kembali ke main page blog anda, perhatikan apa yang keluar di sebelah artikel pertam? Terdapat code asing. Jangan panik, sebenarnya code ini adalah code default yang diletakkan dan perlu digantikan dengan code iklan anda sendiri.

5. Kembali ke Site Admin. kemudian terus ke “Options”. Perhatikan terdapat satu menu “MightyAdsense”.

6. Klik MightyAdsense. Perhatikan runag pertama yang anda dapat lihat ialah code iklan Set#1. Sebenarnya code inilah yang anda nampak semasa Langkah 4. Jadi jangan buang masa, gantikan saja code itu dengan code iklan anda sendiri. Ye, code Google Adsense.

7. Kemudian, tetapkan konfigurasi seperti di bawah. Sebenarnya saya meringkaskan artikel ini. Anda boleh cuba mengubah konfigurasi lain selepas ini. Cuma untuk permulaan ini untuk tujuan pembelajaran, hanya tetapkan config seperti di bawah.

8. Updatekan pertukaran yang dibuat. Anda hampir berjaya.

9. Lawati main page blog, perhatikan code asing seperti Langkah 4 telah digantikan dengan bentuk iklan.

10. Sekiranya anda pernah mengedit template single page seperti yang saya tuliskan sebelum ini, masanya untuk “undo” perkara itu dan biarkan MightyAdsense saja yang mempamerkan iklan anda. nampak lebih kemas dan cantik.

MightyAdsense di tulis untuk mereka yang tidak tahu coding, tidak tahu HTML. Pasangkan saja, sedikit configuration, anda siap memasang iklan di laman WordPress. Mudah?


